sayang sayangkuuu :)

Thursday, March 3, 2011

KEPERGIAAN YANG TAKKAN KEMBALI UNTUK SELAMANYA

sebak hati ini acap kali berblogwalking ke blog mummy alanna. walaupon beribu kali menghadap setiap entry2nya, masih tak dapat nak menahan air mata ni dari jatuh mencecah lantai. penderitaan si kecil alanna yang takkan dapat dirasa oleh sesiapa pon. kepergiaannye menghadap ilahi mengingatkan aku tentang kematian. aku lebih menghargai orang2 yang aku sayang, orang2 yang bersama aku ketika senang mahupun sukar. terima kasih atas jasa yang tak mungkin ku lupakan. kepada abah dan mak, terima kasih kerana membawa Dah ke alam dunia ini. dunia yang penuh pancaroba, insyaALLAH akan Dah tempuh sebaik mungkin. takkan sesekali Dah hancurkan harapan mak abah yang banyak memberi dorongan kepada anak yang baru nak mengenal dunia sebenar. mak abah, sesungguhnya Dah sangat menyayangi mak abah. Dah tahu, kalau Dah sakit seperti baby sekecil alanna ni pon, mak abah sanggup bersusah payah memperjuangkan sisa baki kehidupan Dah sementara masih sempat kan ? Dah tahu mak abah sanggup kerna mak abah adalah mak abah yang terbaik untuk Dah. kan ? kan ? Dah juga pasti, yop, angah, kaklang, syafiqah and haykal akan jadi seperti nadime yang sangat memahami setiap yang terjadi kerana Dah sangat berpegang dengan pepatah ni ' air dicincang takkan putus '. cincangla macam mana sekalipon, air itu akan tetap mengalir dan bercantum. mak abah, tak dapat Dah nak membayangkan bagaimana kalau one day nanti mak abah pergi meninggalkan kami semua. sungguh tak dapat sebab mak abah adalah nadi kehidupan Dah. mak abah segala2nya. bukan kau, kau dan kau ! mak abah semuanya. tapi mak, abah, kalau Dah yang pergi dulu Dah mintak mak abah sentiasa mendoakan Dah di sana sebab kalau TUHAN nak ambil nyawa Dah tatkala ini, amalan Dah tak sempat untuk membawa Dah ke syurga. hanya doa mak abah yang dapat membantu Dah. tolong yea mak, tolong yea abah :)


mak abah saya hebat walaupun dorang hanya sekadar mak abah kepada saya :)


p/s : kebelakangan ni sangat tersentuh dengan kematian. at first bila baca blog ni. then, bila baca blog mummy alanna and bila kelas petang tadi sir azlan cakap pasal student cs*computer science* meninggal sebab eksident. ingatkan laki, rupanya perempuan. jenazah disembahyangkan dekat PUSAT ISLAM. mungkin rumah beliau jauh dari arau. jadi, sama2lah kita menginsafi diri dan sedekahkan al fatihah pada yang dulu pergi meninggalkan kita. AL FATIHAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget