sayang sayangkuuu :)

Monday, November 19, 2012

SAVE GAZA

Assalammualaikum readers.

hari ni just nak share status dari afdlin syauqi :) just read and take action.

Gambar yg aku post tadi, aku amati dan tiba-tiba mencurah-curah airmata aku apabila membayangkan apa yg terjadi pada rakyat palestin di tebing Gaza itu. AKu cintakan keamanan, sebab tu aku cinta Malaysia ni.

Dari awal muharam aku dah tak boleh tidor malam, tiap- malam habis kerja aku di internet membaca berita mengenai saudara-saudara kita di palestin. Aku rasa sedih yg teramat sgt. melihat kema
tian kanak-kanak yg tak bersalah. AKU tanya perlu ke diorang ni yg menerima balasan atas perbalahan org dewasa, ketidak adilan regim zionis laknat.

Aku teringat kawanku Farhash, yg pada hari tu baru pulang dari Gaza setelah dia beberapa rakyat Malaysia lain membantu mendirikan mesjid di sana dan dia kata perasaannya sangat tenang di sana, mereka di situ hidup cara islam sebenar katanya. mereka menjaga tetamu dgn sebaik-baiknya walau pun mereka hidup dalam penuh kesusahan, mereka akan cuba memberi yg terbaik kepada tetamu yg datang kerana islam dan datang untuk membantu. Sembahyang subuh kat sana kata beliau macam sembahyang jumaat penuhnya masjid kat sana.

Tapi yang paling menyentuh aku bila beliau cerita kat aku pasal bila dia berjumpa anggota al-kassam (Mujahideen) di sana yg cakap yg dia tak perlu apa-apa bantuan dari member aku tadi cuma dia meminta agar kawan ku tadi dapat mendoakan beliau. Bukan mendoakan beliau selamat tetapi doakanlah dia dapat mati syahid dgn cepat. Si farhash ni pun cakap aku doakan jugak ia tapi aku cakap ya allah bagilah beliau mati syahid ya allah... tapi selepas dapat menikmati umur yg panjang!.. tak sampai hati katanya doakan org cepat mati.

Kanak-kanak di sana bila di tanya bila dah besar nak jadi apa, semuanya menjawab nak jadi anggota Al Kassam, semuanya nak jadi Mujahidee), kerana tugas menjaga tebing Gaza itu adalah kerja yang sangat Mulia yg bukan sesiapa suka-suka saja boleh mengambil tempat untuk menjadi Mujahideen. Farhash berkongsi bila beliau bertanya apakah dia requirement nak jadi kassam ni dia di beritahu antara minimum requirementnya adalah, 6 bulan sembahyang subuh berjemaah tak tinggal. Dan selepas tu baru dia akan DIPERTIMBANGKAN oleh Imam masjid tu samaada mereka boleh memulakan latihan untuk menjadi anggota AL Kassam.

Farhash sekarang ini sudah berada di Mesir kembali untuk cuba memberi bantuan kepada orang palestin dgn bantuan OIC. Saya minta kita mendoakan beliau dan semua rakan-rakan senegara kita yg berada di sana sentiasa di dalam keadaan selamat.

Yg kita lain-lain ni kat sini yg terbakar jiwa melihat apa yang berlaku ni kita pun boleh membantu. Ikut kemampuan kita. Kalau mampu pergi... pergilah. Kalau kita mampu berdoa-berdoalah... tapi jika boleh melakukan sesuatu yang satu dunia dapat lihat yang Malaysia ni bersatu padu menentang tindakan rejim zionis ini. Mari kita gemparkan CNN, BBC dgn berita yg Orang MALAYSIA mahukan keamanan di Palestin. jadi mereka telah semua menukar profile picture ke save gaza atau free palestin. Mari kita ajak semua kawan-kawan kita tukar profile picture kita tak kira islam tak islam.... tunjukkan suara besar perpaduan kita... pasal aku fikir, kalau kita tak bersatu... org jentik kita aje dah jahanam negara kita.... bayangkan kalau palestin tu negara kita... dan negara lain tgk je tak buat apa-apa.

Jangan berpikiran negatif, jangan troll, no matter what race, religion or political beliefs, its time to just UNITE! and just do it. We help Palestin, We help ourselves!!!!

So change all your profile pictures to free palestine , save gaza or something like that. Enroll our friends to this vision. Ajak kengkawan kita explain kat diorang semua kenapa benda ni penting untuk sejagat. Donate if possible, jika berkemampuan.

Richard Branson punya auntie apabila beliau nak pinjamkan duit kat Richard Branson masa dia mula-mula nak start business. Beliau berkata kat richard branson "Apalah fungsi wang ini kecuali untuk memenuhi impian!"

Impian kita adalah a Free Palestinian State. Free from war and Violence! so lets do it guys. Lets make this trend!!

#Malaysiansforpalestine

Sia-sia aku ada 800,000 over likes jika org yg like aku tak boleh bersama-sama buat benda ni. Tell the world that you stand for peace.

sorry kalau banyak typo jiwa agak kacau.

POWER TO THE PEOPLE.







18 comments:

Mrs Velentine said...

selamatkan Gaza..allahuakhbar

Jie said...

Same2 doakan untuk org disane :)

Unknown said...

sedih baca ni.. cover photo dah tukar, hr ni nak tukar dp la plak.. hihi..

teha said...

free gaza :)

Miss Zahirah said...

pray for gaza.. :)

Eiqa Almond said...

Pray for Gaza..
Sedih sebak bila nak makan teringat dekat mereka yg sana :(

Korn Ahmad said...

kita hanya mampu mendoakan untuk umat islam di sana

Liyaa Mf said...

Baru baca psl ni tadi kat FB. Semuga Allah lindungi semua Muslim di dunia. Aminnn :((

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

semoga Allah lindungi kita semua dan utk pnduduk Gaza, moge Allah permudhkan urusan da sentiasa melindungi umat Islam disana=,( sedih bile umt Islam kt sane tgh sengsara

Unknown said...

save gaza .. semoga allah melindungi mereka di sana . :')

Unknown said...

Haritu ada penceramah dtg dekat office, dia salah seorang yang pergi misi bantuan ke Palestin..dia bgtau sedara kita di sana sangat gembira dengan kehidupan mereka..mereka amat menantikan doa2 dari rakyat muslimin dan muslimat malaysia..banyak projek baru di bina di sana..macam masjid, projek peliharaan ikan..sebab diorang kat sana, nak dapat makanan susa..pastu, projek bakery..mcm2..bila kita dengar seronok sgt..tapi 1 muharram diorang kena serang semula..rasa macam air mata mengalir..nak menangis..sebab mereka dapat rasa nikmat yang seketika..PRAY FOR THEM..amin..


P/S : Sory..terpanjang pulak comment.. (>.<)

-meeSUPERGIRL- said...

ad jugak baca dekat fan page afdlin .. prayforgaza :)

sha (chirp chirp) said...

marilah sama2 kita doakan saudara kite kat gaza. singgah sambil follow! #1789

Unknown said...

hanya doa kita mengiringi keselamatan mereka! insyaAllah semuanya akan selamat. aminn. :)

Sarah Mnasir said...

Pray for gaza.

Hafiz Hafizol said...

baru td bukak fp aman palestin.. tgk gambar2 kat sana n berita terbaru kat sana...




Seriously, sebak sangat bila tgk kekejaman Israel nie kat diorg...


T.T

Unknown said...

Save Gaza...
PrayForGaza..

singgah =)SLM..please support pjaz dlm contest iphone5 gdjet impian, tlg KLIK g+ yer diside bar sblh kanan atau di entri =) TQ ^^

nurul said...

berdoa,boikot dan derma..
www.the-simpleme.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget