sayang sayangkuuu :)

Tuesday, May 1, 2012

YANG PERGI TETAP PERGI

Assalammualaikum. hye readers. sihat ?

okay, memandangkan aku dah kena twitlimit lagi malam ni aku membuat keputusan yang besar untuk update blog pulak. ewah kau joyah. macam takde kerja lain je. balik2 FB, TWITTER, BLOG. memang aktiviti yang sihat sungguh kann.

okay, hari ni aku ada 2 berita menyedihkan. 1stly, opah sedara aku meninggal sebab breast cancer. kesian aku tengok dia, menderita dah terlalu lama. memang aku mintak supaya Allah tarik nyawa dia cepat daripada tengok dia menderita. tak sanggup rasanya. Ya Allah, betapa pedihnya azab kena breast cancer ni. orang perempuan, cegahlah awal2 penyakit ni. InsyaAllah kalau kena caranya, kita boleh elakkan. kann ? :) AL-FATIHAH.

2nd, adik sedara aku excident. patah tulang paha kanan and tangan kiri. ish, budak ni pon tak tahu aku nak cakap macam mana. memang la dia tak salah sebab langgar cina mabuk. cina tu langgar traffic light tapi tak pasal2 kena saman rm600. rm300 saman excident and rm300 saman sebab takde lesen. haiya, tengok. tak pasal2 badan sakit, duit melayang. kepada yang takde lesen tu, please lah jangan nak bawak2 moto or kereta. amik lesen dulu. nanti kita jugak susah kemudian hari. tak excident, kata la takpe. bila dah excident, nak kata ape lagi ?

sama2 muhasabah diri. hidup kita ni tak selamanya di atas. peace ^^


p/s : dalam masa yang sama, aku nak tujukan kat kau mamat bajet sorang ni. mulut tu jaga2 la sikit. kau tunggu hari kau pulak. aku tak doakan tapi aku yakin, ALLAH itu maha adil :)

13 comments:

Dayang Deno said...

semua ini dugaan dan pasti ada hikmahnya...

ajax85 said...

besar sungguh dugaan kepada awk..sbr2

Emma said...

innalillahiwainnailaihiroji'un.. daripada Allah kita datang, kpd Allah jua lah kita kmbali.. semoga roh opah sedara dtptkn dlm klgn org beriman, insyallah.. semoga adk sedara cepat smbuh dri sakit.. Dhrp bersabar ek..

Liyana Izzati said...

Kadang-kadang kita tak expect pun semua tu untuk jadi. Allah just nak uji hambanya. Kuat k kak :)

Sarah Mnasir said...

Al - fatihah..

teruknye dia excident.. adik sdara umo bpe ?

muhasabah diri sat :)

shuhadaothman said...

Al-fatihah..

hope adk sdara sheda cpt sembuh :)

Anonymous said...

salam takziah utk kamu..
yg adik sedara tu semoga jadi pengajaran..
takdak pasal jgn cari pasal org kata..

Ardini Izzati said...

Al fatihah kat opah sedara akak. Mamat mana ni? Meh dinie kerjakan dia. Haha. Bajekk gengster :)

iem said...

malang xberbau....
sama2 kita doa agar kita dan keluarga kita selamat dari mala petaka..

MrS_v4ddS said...

sabar yea dgn dugaan.. tbh kan haty kamu. happy always yaa :)

Aimacomel said...

takziah eh,byk kn bersabar..
kenapa awak marah sgt kt sorang mamat bajet tu? mesti mamat tu jenis xsayang mulut kn?

CintaZulaikha said...

tu namanya dah takdir kan...kena bawa banyak bersabar je la...windu r ngn tuan belog

Noor Maizan said...

Innalillahiwainnalillahirajiun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget