sayang sayangkuuu :)

Friday, November 30, 2012

ARAU

Assalammualaikum readers.

Malam ni sungguh aku tak dapat tido. Jenuh aku pusing ke kiri dan kanan, mata tak terasa ngantuk lansung. Selalu aku akan bukak twitter and tweet macam orang takde pedoman tapi kali ni entah la. Takde mood plus sayu. Ni mesti sebab nak balik Arau esok.

Guess what, dah 6 sem aku rasa macam ni. Mengada terlebih kann. Rasa sebak nak tinggalkan family. Hari tu aku semangat nak balik, nak start new sem, nak habeskan sem ni cepat2 then cuti lama, nak keje nak cari duit nak shopping. Nampak tak shopping lagi seronok dari belajar.

Tadi abah tanya betul ke Dah nak habes ni ? dia seakan tak percaya. Ye abah, masa terlalu pantas. Anak abah ni dah besar. Dah boleh kahwin. Dah boleh bagi cucu kat abah. Hahahaha. Tak lawak, hahahaha tu sebagai penambah perisa nak tutup kesedihan hati. Sobssss

Abah, mak, In shaa Allah sem 6 ni Dah akan buat the best. Tak pernah merasa DL. In shaa Allah Dah akan dapatkan. Hanya pohon restu dan doa dari mak abah je. In shaa Allah Dah akan bagi mak abah hadiah segulung diploma. Pastu degree pulak. Yeayyy. Semoga dipermudahkan segalanya :)

abah pon ada cakap tadi, nanti Dah dengan adik habes sekali sebab adik asasi, abah nak bawak ktorg jalan2. Dah paham, kite bukan orang senang. Setiap kejayaan yang kami cipta, memang abah dengan mak tak pernah bagi ganjaran apa2. memang abah mak tak pernah ajar, nak hadiah mesti kena ni, mesti kena tuu. Mesti dapat ini, mesti dapat itu.

Abah, andai impian abah nak bawak ktorg bercuti disebabkan kejayaan ni tak kesampaian, Dah nak abah tahu, Dah tak pernah kisah. Yang penting, abah tetap sayang Dah. Andai Dah jatuh, ingatlah, Dah masih perlukan abah and mak untuk buat Dah bangun sebab nilai kasih sayang abah dengan mak adalah hadiah terbesar yang tak ternilai buat kami semua. I love you abah, mak.

p/s : ' Dah ' adalah kata ganti diri aku dalam keluarga. And entry lepas, aku tipu je aku ada 18 ex. Sape yang percaya tu haaaa ? -.-

13 comments:

cik mun said...

same2 la kite bejuang utk ibu ngan ayah..

deno said...

good luck utk sem 6!!! caiyok2!! :)

Pykaa Pdott said...

sabar ea , tape nak pergi blaja kan . ape pon happy fmly , anak mnja rupenye . hee :p

Lyaa Suriany said...

tabah kan hati.
semat kan kt dada.
bljr sngggh.
so mak ayh pn bangga

CintaZulaikha said...

syoknya masih ada abahh..igt lagi time dpt resault masa tahun 2, arwah abah akak dah pergi meninggalkan dunia selamanya. hari masa pergi amik resault tuh lah hari arwah abah akak nak dikuburkan. tu jugak kali pertama akak dpt 3 pointer...sedeyyy sgt. nangis sorg2 je akak kat tepi tangga.

semua tuh pengalaman, pepon, ttp berusaha utk berjaya spi sekarang.

Mrs Velentine said...

cantiknya shida..

miranadia said...


sampai hati kau tipu aka Dah....haha

btw, goodluck!

Shiyda Aqma said...

gud luck sheda :)
sweet je dia ngn parents eh ! moga jd anak yg baik ^^

Miss Zahirah said...

Arau dah byk berubah kan?? hehe

-meeSUPERGIRL- said...

mohon bagi link neh dekat ibu dan ayah tu .. :P

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

oh akaklah tu kena tipu sbb pecaye,hahahaah

Anne Nurain said...

mesti anak manja ni kan?
gud luck eh? semoga dapan dean list.. ;)

Liyaa Mf said...

Lupakan yg sedih2 tu. Set in mind balek Arau untuk blaja. & ingat la keseronokan ngan kawan2, mesti semangat semula. Hehehe

Akak dulu pun tak pernah terima ganjaran apa2 utk apa2 kejayaan. Mak Abah dpt dtg tgk akak masa convocation pun rasa dah happy gila2! Bukan sng nak ajak dorang. Org tua kannn, dorang tak paham pun apa perlunya gi jauh2 just nak tgk akak konvo naek stage amek sijil tu? Hahahah. All the best untuk perjalanan seterusnya ya! :D

Gambar bawah tu Sheda ke tu? Tanya dulu, sebelum tertipu apa2 :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget