sayang sayangkuuu :)

Saturday, April 5, 2014

HARI BERSEJARAH

Assalammualaikum readers.

hye. sorry a little bit late to update next entry. degree life kan memang masa tu terhad sikit sampai sometimes to rasa macam err I need more than 24 hours per day. I mean, 25 hours or more. hihi

so, here I am. as I promise before nak update jeng jeng jeng tu kann. hihi mesti uolss tertunggu2. I know it. kehkehkeh. entry kali ni version novel tau. harap sudi baca sampai bawah. so, dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim. *elehh, macam nak cite benda gempak sangat je kann. huhu

okay, firstly let me remind all of you. macam dalam entry before, sheda ada cakap yang sheda keje kilang lepas diploma kann. sheda keje situ dah sebulan, ada la sorang technician baru masuk. dia datang kat proses sheda sebab belajar betulkan 1 machine ni down. so, orang baru kan. act tak belajar sangat pon just tengok2. entah camne, machine tu betol2 sebelah sheda tengah buat keje. so, technician baru tu tegur la memandangkan dia boring dok tengok jeeee machine tu down kan.

sembang2, okay nama dia daus. first time sembang pon dah boleh masuk sebab dia ni kelakar la orangnya. and 1 kepala. handsome pon boleh tahan tapi terus je cakap dia dah ade gf. dia risau sheda jatuh hati kat dia kot. kihkihkih. act I dont care at all because I have boipren too. muehihihi

so, makin hari makin rapat. tapi serious, rapat sekadar kawan coz ktorg pon memang aku-kamu je. even operator2, tecnician2 yang lain memang dok ingat ktorg ni ada something. jenuh deny tapi semua tak percaya. terpulang la kan. sebab ktorg rapat memang sekadar dalam kilang. balik rumah, takde la msg2 ape ke kan. masing2 dah berpunya.

dah kawan bape lama tak ingat la kan sheda ada la keluar breakfast dengan dia after habes keje malam. pastu ada sorang pakcik ni borak2 dengan kami. without knowing latar belakang kami berdua, pakcik tu cakap sheda bakal accountant and bila dah jadi accountant, sheda akan kahwin dengan technician. serious kami terkedu sebab pakcik tu tak tahu pon yang sheda ni ada diploma in accounting and tengah tunggu nak sambung degree in accounting. pakcik tu jugak tak tahu yang daus ni technician so benda tu memang jadi question mark dalam otak ktorg but ktorg just ignore la.

teruskan kehidupan macam biasa. datang kilang, everyone tanya pasal ktorg tu memang tak habes2 la kan. sampai satu tahap tu sheda aminkan je ape dorang cakap sebab malas nak cakap lebih2. ade sorang kakak ni, memang selalu cakap sheda ni memang ade jodoh dengan daus. and my respon is, Amin. pastu sheda gelak2. thats all. rasanya setiap hari kot sheda aminkan ape dorang cakap. muahaha

one day ni, sheda ada la mimpi 1 benda ni. mimpi yang ada kaitan dengan daus. tapi sheda pendam jela kan. mimpi mainan tido. next weeknya, daus ade jugak mimpi pasal sheda and dia bgtau dengan niat gurau2 jela. tapi sheda still tak cakap pasal mimpi sheda tu. esoknya, ada sorang technician ni yang mimpi pasal ktorg. and bila digabungkan memang mimpi tu berangkai yang tak dapat diungkai. sorry, mungkin tak boleh cerita isi kandungan mimpi tu lebih detail sebab nak jaga hati banyak pihak kan. hope paham :) *kalah retiss nokss

sampai la one day ni, sheda dapat offer sambung belajar UPSI yang sheda cite tu. result UPSI keluar 28jan and sheda kena daftar 9feb. memang tempoh yang amat singkat. and sheda memang nak pegi sangat UPSI tu so sheda bagi surat berhenti mengejut. sheda berhenti 30jan tu jugak. waktu tu shift malam so habes keje pagi 30jan tu la kan. daus pon offer la nak hantar sheda balik rumah and nak treat breakfast sebab dah berhenti kan. semuanya macam biasa laaa.

petang 30 Jan tu result UiTM keluar and setelah buat keputusan, sheda nak sambung kat UiTM. UiTM kena daftar 1 March. time tu rasa menyesal gila la hantar surat resign awal. sebab sheda memang suka gila keje kilang tu. kawan2 semua baik. memang menangis masa berhenti tu. so, sheda pon saje2 la msg daus malam 30jan tu bagitahu tak jadi pegi UPSI. sheda nak sambung UiTM je.

entah macam mana esoknya 1 Feb, daus tetiba dengan seriousnya kata nak hantar tanda kat sheda sebelum pegi Melaka. kira nak booking siap2 la takut sheda kena kebas. and nak tahu tak ape reaksi sheda baca msg tu ? biru lebam semua ada. memang tak boleh bernafas. SERIOUS. rasa nak pengsan pon ada. rasa nak kena pernafasan mulut ke mulut pon ada. ohh btw, before tu ktorg berdua memang dah ada prob dengan partner masing2. kiranya sheda dalam proses melupakan. same goes to him la. tak boleh nak cerita lebih2.

thennnn, sambung. dia suruh sheda bagitahu mak abah sheda la kan samada dorang setuju ke tak sebab ibu ayah dia memang dah setuju. nak bagitahu mak abah ? oemji. memang tak la. dia bagi sheda masa and sheda memang decide la nak cakap yang mak abah tak bagi. fullstop and tutup cerita kan. tapi entah kenapa, kakak sheda nasihatkan suruh bincang dengan mak abah. mana la tahu dorang bagi kan. sheda pon bagitahu malam tu and cuba korang pk, kenapa sheda bagitahu ? macam hati ni pon suruh terima ye dop. emm I dont know lah ape perasaan time tu.

nak bagitahu tu, Ya Allah punya lah takut. benda simple yang boleh cakap 10 min pon jadi berejam2. Alhamdulillah, mak abah dengar elok2 and tanya la a few questions dari hati ke hati and dorang decide nak jumpa daus dulu sebab dorang memang tak pernah kenal sape daus ni. sheda pon cakap elok2 kat daus yang mak abah nak jumpa dia dulu sebelum datang merisik. yelaa, bukan senang kan mak abah nak lepas anak dara dia yang comel ayu baik menawan ni kat sembarangan orang. ehemmm

3 Feb, daus datang and everything went well. melepasi 2 syarat yang ditetapkan abah. ape syarat tu ? tak boleh bagitahu sebab sheda ada lagi adik perempuan yang kena bawak calon jumpa mak abah kan. hehe. bila daus dah balik, mak cakap yang family daus nak datang merisik 15hb. ehh, dia tak bgtau sheda pape pon ? senyap2 je dia dah rancang semua ni dengan family dia. and dia bgtau mak abah waktu sheda buat air.
so, ada 12 hari je lagi kan. sheda okay je sebab merisik je kan. takde ape sangat nak siap.

5 Feb, ibu daus call kata tak jadi merisik. bertunang terus. and I was like seriously ??? only 10 days untuk siapkan semua ni. nak taknak, memang kena buat makan2 jugak jemput family2 terdekat, ada hantaran manis2an. erm ermm waktu tu rasa kejamnya dunia dengan busy nak sambung study ape semua kan. hidup memang kelam kabut gila laa. waktu tu rasa macam dah separuh nyawa entah ke mana2. tido semua tak cukop. mak abah lagi la kelam kabut. nak buat itu ini. aaaaaa boleh bayangkan kan ? orang lain semua tunang ade pelamin, baju tunang bagai. yang sheda ni dah pk pakai kain batik duduk bersimpuh atas bantal jela waktu sorang cincin nanti. dah macam tunang-tangkap-basah-ala-ala-kahwin-tangkap-basah. ehh

alamak, panjangnya entry ni. so itu jela boleh cerita. tengok la gambar pulak. dah penat menaip. huhu



so, ini la pelamin sheda on that day. simple and takde la beria2 sebab semuanya buat sendiri. and paling penting takde la duduk atas bantal. ekekeke


my future mother in law sarungkan cincin. tangan menggeletor macam ape je sebab first time jumpa. hihi


my mom yang very gorgeous. thanks mak !


adik sheda yang I know, dia memang jelous sebab dia tak laku lagi. takde sape nak. *gelak setan


and lastly, ini lah daus. my fiance yang asalnya kawan baik tetiba jadi tunang. arghhh ni semua mimpi. *tampar2 pipi. bodoh, benda ni realiti. bangun dari mimpi sebab pipi dah sakit kena tampar berkali2. 


so, itu jela story di sebalik kisah pertunangan ini. perjanjiannya 3 tahun. in shaa Allah lepas habes degree. kalau tetiba awal ke ape2 ke, sheda inform later and sheda akan jemput semua.Semoga percintaan selepas tunang ini membantu kami untuk menempuh alam perkahwinan. kalau hari tu terus nikah pon best jugak. hihi babai !! have a very nice weekend :)


6 comments:

miranadia said...

semoga berbahagia selalu.

assignment jangan lupa buat. kehkehkeh

CintaKhadijah said...

sheda akan jemput semua tu yang nak dengar tu. hikhik.

btw, tahniah. ^^.

Nurulee said...

amboi nak terus nikah. hahaha. congrats akak. and wish you all the best for the next step =D

Pykaa Pdott said...

Wahh bestnye syg . Tahniah :)

Pykaa Pdott said...

Wahh bestnye . Tahniah syg :)

nor azman said...

tahniah2 biarpun lmbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget