sayang sayangkuuu :)

Monday, April 11, 2011

INI ENTRY KERINDUAN TERHADAP IDOLA :(

salam. hari nak buat entry sedih pasal salah sorang pelawak kegemaran aku, pelawak yang betul2 aku tabik spring sebab kejayaan dia bermula dari bawah. dia yang dimaksudkan ialah MIOR AHMAD FUAD atau lebih dikenali sebagai DIN BERAMBOI yang telah pergi meninggalkan kita semua pada 2 APRIL 2010. act, entry ni aku nak buat 2 APRIL hari tu sempena mengingati pemergian dia tapi disebabkan masa yang tidak menginzinkan, baru sekarang aku post pasal ni. sebenarnya, aku sangat meminati arwah. mana taknya, dulu after abes SPM, aku keje kilang. pagi2 bangun nak siap pergi kerja, mesti bukak radio ERA dengar celoteh arwah dengan AZNIL. memang minat gila la dengan dia. pagi aku bermula dengan keceriaan dengar lawak2 arwah. tu sebab waktu dia mula sakit and dia tak datang kerja, pagi aku jadi tak seceria seperti selalu. ini serius okay. waktu tu tak terpikir yang buruk pon. just ingat dia sakit biasa je. sampaila 1 APRIL, time rehat kat kilang, makcik2 kilang sembang la pasal dia dah koma. dorang tengok berita malam sebelumnya. aku tersentak gila and terpikir macam mana la kalau ALLAH lebih menyayangi arwah. tak sangka esoknya, arwah betul2 pergi. sumpah, aku menangis seolah2 arwah ni macam ahli keluarga aku je. serius, nanges yang teresak2 sedangkan jumpa depan2 pun tak pernah. serius, dia idola aku. mana la aku tak nangis. and hari tu sempena setahun pemergian arwah, ada la satu rancangan kat ASTRO RIA menceritakan biografi arwah. memang sedih sangat bila semua rakan2 dan ahli keluarga arwah cakap yang arwah ni tak pernah serius dalam kehidupan dia even dia sedih or marah kat seseorang, dia meluahkan dalam bentuk lawak, konon2 macam takde pape. cool kan ? memang sayu je tengok rancangan tu *aku lupa ape nama rancangan tu*. aku tengok dengan mak aku. memang control gila la nak nanges tapi last2 tak dapat jugak tahan bila anak arwah yang amir tu tunjuk tisu terakhir yang arwah gunakan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. time tu, aku dapat rasakan anak arwah betul2 rindukan arwah. so am i :( aku yang takde kaitan dengan arwah pon rindu gila nak dengar lawak2 arwah, apetah lagi ahli keluarga di. walau apa2 pon, tak baik meratapi orang yang telah pergi. just doakan kesejahteraan arwah di sana. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. amin. AL-FATIHAH.
ini video yang aku search kat abg google. nak tahu lagi banyak, klik SINI.

aku ingat aku seorang je perasan ayat2 arwah sebelum pemergian dia ni :(

sebelum pergi, arwah dicalonkan dalam ABP untuk kategori artis lelaki komedi kalau tak silap.

keadaan arwah ketika kritikal > diceritakan oleh AZNIL HAJI NAWAWI

lagi satu, dalam rancangan yang aku tengok tu adela sorang orang lama ni tapi aku tak ingat nama dia. kan bila arwah dicalonkan untuk ABP *untuk pengetahuan, arwah belum pernah menerima ape2 anugerah besar oleh industri kita*, orang lama ni ade pesan kat arwah.

orang lama : din, kau kalau menang kau jangan sesekali cakap 'terima kasih keluarga,rakan2, bla3'. tapi bila kau naik pentas, kau amik hadiah, kau tumbang, buat orang lain panik, angkat kau, panggil ambulans bawak pergi hospital. sampai hospital pon, kau jangan bangun lagi sampai la dorang nak bawak kau masuk wad. kau bangun, kau buat2 tanya kau kat mana. kompem, kejadian malam tu kau akan diingati oleh seluruh warga tanahair.

lebih kurang macam tu la bunyinya. tapi di akhir rancangan, orang lama tu cakap tak sangka din beramboi betul2 buat apa yang dia cakap tapi kali ni, dia buat tapi dia tak bangun2. nahh ! bersepai airmata aku lagi sekali. sedih gila kan ? sesungguhnya, aku sangat merindui arwah DIN BERAMBOI. din beramboi, selamanya dalam kenangan.

p/s : kematian tak dapat diduga. jangan sesekali mempertikaikannya. peace :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget