sayang sayangkuuu :)

Wednesday, June 29, 2011

OHH LELAKI + JEJAKA !

salam petang israk mikraj readers :) selepas menyetelkan semua kerja + assignment, aku terpanggil untuk membicarakan tentang lelaki. amboi, bahasa dia. macam sasterawan negara pulak kann. well, Bahasa Melayu saya A1 tau SPM :P


okay, percaya ke tak kalau aku cakap lelaki ni adalah kaum yang pelik ? cepat anggukkan kepala wanita2 di luar sana. kalau suruh lelaki angguk, haih sampai bila tak lahh kann sebab dorang mesti pertahankan kaum dorang-kaum adam. opss ! jap2, ini bukan nak mencetuskan isu perkauman okay ! heee :) jom kita tengok situasi2 di bawah..



situasi 1 :

kalau mr. jejaka nak mengorat cik gadis, amboi. beria2 sungguh kan. macam2 dia buat sebab nak tackle hati cik gadis. beli bunga laa, bagi cekelat hacks laa, bagi kad laaa. time tu tak kisah duet berabes banyak demi cik gadis tuu. lagi cik gadis menjual mahal, lagi beria la kesungguhan dia. bila hati cik gadis ni da lembut, da terbuka hati untuk terima mr jejaka, automatik perangai dia yang romantik, beria2 tu hilang. sifat kedekut juga semakin meninggi okay ! terus sifat dia berantonim dengan sifat sebelomnya. kann ?


situasi 2 :

ni lagi pelik. korang perasan tak, laki kalau nak tackle pompan and pompan tu melayan, dorang mesti akan cakap ' kuat layan jantan la minah ni. ni kalau jadi awek aku, tak mustahil dia curang ni '. and ade jugak yang akan cakap camni ' ek eleh, perasan betol minah ni. orang tackle main2, dia nak take serius pulak ! '. kalau pompan tu tak layan pulak, mesti ade suara sumbang cakap macam ni ' eleh, konon orang betol2 nak tackle dia. perasan lahh ! '.. korang mesti penah dengar ayat ni keluar dari jejaka2 malaya ni kann ? so, apa yang pompan harus buat sebenarnya bila kena ngorat wahai kaum adam ?


situasi 3 :

lelaki yang da ade awek, kadang2 tu menggatal dengan pompan lain. amboi, dan2 mengaku bujang. ngorat awek sini, ngorat awek sana. kaki nak ? *okay, ini tak pelik sebab benda ni da biasa :P


situasi 4 :

lelaki suka kutuk dress up pompan tapi bila tengok dress up awek dia, nah nalarekek ! alahai, sama je pon. tapi nape dia tak betolkan awek dia dulu sebelom nak tegur dress up pompan lain. ape laaa *maklumlah, takot awek kot :P


situasi 5 :

lelaki jugak suka mengutuk pompan ni gila gambar, hakikatnya ! alamak, dorang lagi terok okay. posing dorang, haish ! sakit mata teman ni nengoknye haaa ! pusing kiri, kanan, depan, belakang, tertonggeng semua ada. ni kalau kak jah tengok, mau pengsan dibuatnya kome :P


okay, ini je nak cakap. wahai lelaki + jejaka, jangan mudah melenting kalau anda bukan tergolong dalam golongan di atas sebab siapa makan cili, dia rasa pedasnya ataupon bak kata kierra and munie, sape makan bab*, dia rasa haramnya ! :P and kepada gadis, perempuan, dan wanita outside there, sape setuju sila angkat tangan macam usop wilca :)






p/s : sekadar meluahkan rasa :)



16 comments:

Munirah Hanis said...

lelaki, normal la.... :')

shedameor said...

termasok abg ji :P

Amirah Ali Hairuddin said...

abg ein xde ponn.;p
haha

shedameor said...

tengah manis, taik gigi pon rse chicken chop. HAHA

iem said...

lelaki...'
semua hampeh....

shedameor said...

betolll ! :)

Liyana Zahim said...

Hahaha.. Feminism npk? Laki mmg cengitu.. Nak2 yg muke pecah umah.. Peh.. Lau ngorat tak bragak.. Ase hendak baling kaca je kt muke.. Bgambo pon taap juling bijik mate.. Almaklumlah tgkp gambo dri atas.. Hahahaha~

shedameor said...

haha. awok setuju bebenor la tuu. bajet good2 je dorang kann. ki8

Kik0 ♥ QiLaH said...

situasi 1st tu benar belaka..huhu

Syahirah Suhaili said...

haha..btol2..adiela da jumpe ramai gak lelaki gitu kot..tapi blom pnah lg couple dgn yg jenis nie..syuko..haha..kesimpulannya,jual mahal ckit..?? kihkih

shedameor said...

nur 'aqilah ; cakaplah semua betol. hehe

shedameor said...

syahirah suhaili ; hik3 ^^ best la macam tuu. dapat laki yang okay. urmm, memang tengah jual mahal ni :P

WuMing said...

WuMing datang Serang.....dan follow

shedameor said...

wuming : thankyouu. akan difollow balik :)

ishiko said...

sayo pun setuju eh nga pakcik^^

shedameor said...

haha, pakcik lebih dulu makan garam :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget