sayang sayangkuuu :)

Sunday, June 19, 2011

WARKAH UNTUK ABAH

Assalammualaikum abah..


Abah tengah buat apa la tu agaknya yea. urm, abah keje malam kan hari ni ? ni mesti tengah melepak dekat kedai kak kemah hujung kampung tuu. amboi, sedapnya abah pekena teh tarik dengan roti telur. post dekat arau boleh ? hehe. urm... abah sihat tak ? hendaknya sihat la kann.. amin :)

abah, abah ingat tak kenangan kita dulu2 ? main cium2 ketiak. hik3 ^^ kelakar. da lama tak cium :) abah, penah dulu Dah buat abah kecewa ada anak macam Dah tapi sekarang Dah bangun nak jadi anak yang taat pada abah dan mak sebab Dah tahu betapa susahnya abah bekerja keras untuk tanggung keluarga kita. tapi abah tak penah pun mengeluh. apa yang abah nak, cuma buat ktorg selesa je hidup dengan abah walaupun dulu kita penah makan nasi dengan kicap je kann ? abah da usaha tapi itu yang termampu.

abah, walaupun abah takde education yang tinggi macam orang lain, belajar setakat SRP je disebabkan kesusahan hidup tapi abah still buktikan yang abah berjaya pada orang kampung kann. semuanya sebab ape ? sebab abah tak penah kenal erti penat. abah buat pelbagai kerja. walaupun dulu kita penah hidup ibarat telur di hujung tanduk atas kealpaan abah, tapi abah bangkit untu tebus semula kesalahan abah.. terima kasih abah.

abah, abah ingat lagi tak dulu waktu Dah dapat masuk Teknik Brash ? mak dengan abah punyala happy tak terkata walaupun hanya teknik tapi itu teknik terbaik kann ? Dah pon bangga jugak tapi mak tak dapat hantar sebab mak kerja. so, abah je hantar. itupun kita menumpang orang kann. kita tumpang pakcu. tapi pakcu hantar kita kat sekolah then dia pergi hospital ada medical check up. tinggal la abah yang uruskan pendaftaran Dah. bila waktu mendaftar, borang2 yang Dah sediakan tak cukup. ada lagi yang tak potostat. pakcu pulak busy. last2, abah jalan kaki sampai ke simpang besar Teknik tu sebab nak cari taxi potostat borang yang tertinggal. phone abah, abah tinggalkan kat Dah. punyala lama Dah tunggu abah. Dah risau tau ? nasib baik abah balik jugak. mintak maap abah sebab susahkan abah.

abah, bila result SPM Dah keluar, mak yang sungguh2 happy said congratz and nak cium Dah. tapi abah cuma senyum je. Dah tahu abah turut bangga dengan Dah kann ?? bila Dah dapat tawaran belajar kat arau ni, abah yang beria uruskan semuanya. pegi bawak Dah ke ipoh, kuala ulang alik uruskan bantuan baitulmal, yayasan perak semua tuu. kita pegi naik moto je kann ? abah kan kaki rempit. hehe. terima kasih abah.

bila Dah dah belajar sini, Dah teringin sangat nak abah call tanya Dah dah makan ke belum, macam mana study tapi abah tak buat pun. tapi Dah tahu, abah dekat kampung mendoakan Dah. kann ? bila Dah nak balik kampung, naik train mesti sampai ipoh dalam pukul 2 pagi. tapi abah datang dari sungai siput amik Dah pagi2 buta kat ipoh tuu. abah tak kesah pun waktu tidor abah terganggu. terima kasih abah.

abah, waktu abah eksiden langgar babi tuu, abah dah terlantar 2 hari baru Dah tahu. mak cakap abah tak kasi bagitahu. abah taknak ktorg susah hati kat sini tapi time tuu, hati Dah membentak nak balik even mak tak bagi. mak cakap luka biasa2 je. bila Dah balik, mak dengan abah tipu Dah. hampir 1 badan abah luka. luka yang dalam dan habis isi terkopek sana sini. sayu Dah tengok abah time tuu. waktu Dah tanya abah sakit ke tak, abah terlepas cakap abah sakit kann ? Dah tahu, itu maknanya abah sakit sungguh. tapi abah tetap mantain steady.

abah, Dah tahu semakin hari abah semakin tua meniti usia. bila2 masa je Tuhan boleh amik nyawa abah tapi kalau boleh Dah taknak kehilangan abah sebab Dah tak mampu nak hidup dekat dunia tanpa orang sehebat abah. Dah doakan semoga abah dipanjangkan umur supaya dapat terus beribadat pada Yang Esa. Dah janji, Dah akan berjaya dan boleh berikan kemewahan kat abah and mak suatu hari nanti. Dah janji abah, Dah takkan berhenti separuh jalan. abah, Dah tahu abah takkan baca benda alah ni tapi Dah cuma nak abah tahu, abah adalah abah TERHEBAT !

meor mohamad omar bin ismail :)

p/s : saya gila karoake macam abah ! :(

12 comments:

ibnubaba_04 said...

selamat hari bapa kepada smua bapa

shedameor said...

yeahh ! selamat hari abah :)

Far8 budak baik said...

hahaha...nape
main cium2 ketiak...
adik aku pun cam tu gakk..
grrrrr...
ayah mat rempit pun bolehh..
=)..
selamat hari bapa

shedameor said...

far8 : nak tahu kenapa main cium2 ketiak, baca entry bawah :) hehe, selamat hari abah :)

alia azmi said...

cdey lak bca entry sheda kali ni..
slmat hari abah ..
*kite pggey 'abah' jugak .hihi ^^

nuen said...

aku yg rasa mcm nak menangis weh :(

shedameor said...

hehe, saje mengenang kesusahan abah untuk anak dia sorang ni. yeahh, selamat hari abah :)

shedameor said...

nuen : kau aki pikir aku da meleleh2 air hidung ni. sob3 :( haha

nureen afiqah said...

alalaaa~ anak abah sorg ni rindu abah ye ? meh balik meh :D hehe

shedameor said...

tak sabar cuti mid sem nak balik :)

niena shopping2u said...

rapat ngan abah ye

shedameor said...

aah, rapat sangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget