sayang sayangkuuu :)

Thursday, November 15, 2012

INI SOAL MASA DEPAN #2

Assalammualaikum readers.

okay, jom sambung entry INI SOAL MASA DEPAN #1. lepas 1, mesti la 2 ye dak. huhu. so, entry hari tu kite bincang soal kahwin awal. soal tak cukup duit and bla bla bla. so hari ni jom bincang soal pendapatan isteri melebihi pendapatan suami :)

okay, imagine la gaji isteri rm3000 ++ tapi gaji suami rm1000 ++. mungkin dari segi gaji suami, dia tak mampu nak bayar rumah, kereta, and lain2. dia hanya mampu tanggung makan minum isteri and anak2. isteri yang amik alih bayar semua2 tu termasuk la bil2 air and elektrik. secara automatik, nafkah untuk isteri pon boleh pikir logik kompem takde kan ? memang orang cakap tak salah bantu-membantu tapi bagaimana tanggungjawab isteri terhadap parents ?

tak paham ? bila dah isteri yang support semua tu, korang rasa cukup ke tidak isteri nak hulur duit AT LEAST rm50 sebulan ? mustahil kan ? ibu bapa ni bukan harap sangat duit anak2 tapi cuba fikir, di mana bahagian ibu bapa setelah membesarkan anak2 tapi tiada balasan lansung ? balasan di sini maksudnya, setelah ibu bapa bergolak gadai, bagi pelajaran secukupnya, hantar anak masuk U, tapi bila dia kahwin dengan orang yang berpendapatan lagi rendah, berbaloikah semua usaha ibu bapa tu ?

makanya, aku selalu pikir, cari orang yang berpendapatan lebih dari kita supaya tanggungjawab kita terhadap ibu bapa tak pernah terputus. dah memang ditetapkan dalam Islam, tugas suami itu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. tapi bila adanya sifat bertolak ansur isteri macam ni, korang tak rasa ke laki sekarang jadi naik lemak ? malas nak belajar, cari pekerjaan elok2 ?

entah laa, ini just pendapat aku. lain orang, lain pemikiran. kan. korang rasa macam mana ?

15 comments:

Fasharul said...

mintak mintak la nanti bila dah kahwin pendapatan sendiri lebih tinggi dari si isteri.=.=

Lady said...

erm, kalau gaji hubby lebih tinggi bagus r , tapi kalu rendh sikit pun, okay lagi. hehehe

anna_nana said...

betei jugak kan.. haish.. payah2

CikMai said...

haha belum kerja lg,tp kalau takdir suatu hari nanti jadi mcm nie,mai tak kisah kut nak tolong dia. sebab skrg mai selalu susah,dia tak pernah berkira, ayat dia yg mai akan ingat sampai mati "sekarang awak susah,saya tolong.kita tak tahu nanti mungkin awak lg senang dari saya,waktu tu awak tlg la saya.kan kita nak kongsi hidup"... :')

shiyda said...

mmg betul , laki skang da naik lemak , jgn marah yer LELAKIII . ngehehe :P

zila manaf said...

emm kite pon pk gitu. runsing sgt...

Liyaa Mf said...

Ada betulnya apa yg Sheda cakap tu. Tapi ekcely benda ni depends jugak kan? Suami Isteri kena la discuss benda ni.

Isteri mintak izin awal2 kat Suami nak reservekan siket duet gaji dea utk parents dea. If Suami memahami, mesti dea akan faham, izinkan & plan budget betul2. & kalau Suami tak faham, duet gaji Suami Isteri ada lebih banyak mana pun, tetap dea kata tak cukup sebab taknak bagi Isteri tu bg duet kat parents. Maybe :)

NIA SI DRUMSTICK said...

emm..nia rs kan..xpe if gaji lbih kurang sm o lbih tggi better..janji jgn dpt laki yg xkeje..n kite kene fully tanggung dia.

KAMIHIDUP said...

:)

faiq said...

xtaw nk sokong atau tidak ... :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

bg pndpt saye bia sweet2, mksudnye seimbang,hehe tak kesahla gaji kecik ke besar,,takut nk ckp lbih2 sbb lum khwin=p

Liyana Izzati said...

Betul tu kak. Kalau lelaki gaji lagi tinggi sikit dari kita kira okay lah. Tapi kalau dua dua sanggup nak tolerate maybe boleh kot.

Nurulee said...

Betul jugak kan. Hm. Kengkawan laki Ee semua malas nak belajar pastu mcm tak pikir langsung pasal future. Well just saying. Peace =D

-meeSUPERGIRL- said...

org laki yg kaya skg dah pandai .. dy nak yg samasama kaya. sama2 cerdik ..

aiN NaJwa said...

Betul la tu..ain sokong..carik bakal suami yg lebih pendptn dr kita..tp, kalau bwah pendapatan dr isteri pown, janji melakukan perintah Allah, penyayang..sentiasa tolong isteri..ikhlaskan kasih sayang..InsyaAllah rezeki akan sentiasa dtg...!!...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP COMMENTATORS

Get this commentators widget